Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$148 juta Geran Sokongan COVID-19 diagihkan kepada lebih 83,000 penduduk

Sehingga Ahad lalu (27 Sep), lebih 83,000 orang menerima Geran Sokongan COVID-19 dengan jumlah agihannya sebanyak S$148 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Oct 2020 04:49PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 08:52PM

SINGAPURA: Sehingga Ahad lalu (27 Sep), lebih 83,000 orang menerima Geran Sokongan COVID-19 dengan jumlah agihannya sebanyak S$148 juta.

Permohonan bagi pusingan kedua bantuan itu dibuka hari ini (1 Okt).

Tarikh tutup untuk membuat permohonan itu dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

Dalam catatannya di Facebook hari ini (1 Okt), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Masagos Zulkifli berkata beliau tahu ada sesetengah penduduk mungkin mengalami kesulitan dalam mendapatkan dokumen bagi membuktikan mereka kehilangan pekerjaan, dipaksa mengambil cuti tanpa gaji atau dipotong gaji.

Encik Masagos berkata golongan itu seharusnya menghubungi pejabat khidmat sosial, yang akan mengesahkan butiran pekerjaan mereka berdasarkan rekod CPF masing-masing.

Bantuan akan diberi sekiranya mereka layak untuk mendapatkan geran tersebut.

Kriteria kelayakan untuk mendapatkan bantuan itu disemak.

Para pemohonnya mesti membuktikan bahawa mereka sudah berusaha untuk mencari kerja baru atau menjalani program latihan.

Mereka juga tidak boleh memiliki lebih daripada satu hartanah.

Para pemohon yang berjaya akan menerima sehingga S$800 sebulan bagi tempoh tiga bulan.

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan