Skip to main content

Iklan

Iklan

Robot periksa suhu, lif tanpa butang antara teknologi baru hospital NUHS

Penggunaan robot dan dron di hospital-hospital akan menjadi satu kebiasaan tidak lama lagi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2020 05:51PM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 08:59PM

SINGAPURA: Penggunaan robot dan dron di hospital-hospital akan menjadi satu kebiasaan tidak lama lagi.

Kumpulan hospital NUHS memperkenalkan hasil inovasinya untuk membantu dalam pengurusan kemudahan dan operasi keselamatan.

Langkah itu dijangka dapat menjimat kos, masa dan kakitangan sehingga sekurang-kurangnya 50 peratus.

Robot bernama Kenobi merakamkan suhu badan para pengunjung serta data SafeEntry. Mereka yang tidak demam akan dibenarkan masuk ke dalam hospital.

Robot keselamatan tersebut juga akan meronda kawasan hospital untuk mengesan bahaya seperti beg yang tinggal terbiar. Apabila menemui barang yang mencurigakan, ia akan memaklumkan para pegawai keselamatan.

Robot-robot itu membantu meringankan beban rondaan dan pemeriksaan fizikal.

Lebih banyak robot itu akan turut secara bertahap-tahap di hospital-hospital NUHS dalam beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, butang tanpa sentuhan akan dipasang di beberapa lif hospital.

Ini akan membantu mengurangkan sentuhan permukaan serta penularan bakteria dan virus.

Dron-dron juga akan dikerahkan untuk menjalankan pemantauan keselamatan serta pemeriksaan bangunan setiap tiga bulan.

Ini bermakna pengurus kemudahan tidak lagi perlu menjalankan pemeriksaan fizikal yang mungkin berbahaya dan mahal. 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan