Skip to main content

Iklan

Iklan

Rizab S'pura perlindungan semasa 'hujan lebat'; COVID-19 ibarat 'ribut ganas', kata DPM Heng

Pandemik COVID-19 adalah sesuatu yang memang memerlukan bantuan daripada rizab negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Rizab S'pura perlindungan semasa 'hujan lebat'; COVID-19 ibarat 'ribut ganas', kata DPM Heng

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Diterbitkan : 26 Mar 2020 07:11PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 07:15PM

SINGAPURA: Pandemik COVID-19 adalah sesuatu yang memang memerlukan bantuan daripada rizab negara.

Rizab yang dikumpul sejak sekian lama memang ditubuhkan untuk tujuan sebegini.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian semasa menjelaskan di Parlimen mengapa dana sehingga S$17 bilion daripada rizab negara diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah bagi melindungi pekerjaan dan menyokong ekonomi Singapura.

"Kita sudah lama menabung untuk mengharungi masa-masa mencabar," kata Encik Heng di Parlimen pada Khamis (26 Mac) semasa membentangkan langkah-langkah tambahan sebagai respons bagi menangani penularan virus korona COVID-19. "Pandemik COVID-19 ibarat ribut dahsyat yang masih mengganas."

Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata bahawa S$17 bilion akan digunakan untuk membantu membiayai langkah-langkah seperti menyokong pekerjaan, membantu para individu yang bekerja sendiri dan menyokong sektor penerbangan yang terjejas teruk.

Menurut Encik Heng, langkah-langkah tambahan itu akan meningkatkan defisit Belanjawan secara keseluruhannya bagi tahun kewangan 2020 kepada S$39.2 bilion atau 7.9 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).

COVID-19 sudah mencetuskan pelbagai ancaman kepada Singapura, menurut Encik Heng.

Singapura kini berdepan dengan negara-negara yang menutup sempadan masing-masing, menghadkan eksport dan menghentikan aktiviti ekonomi demi memerangi pandemik tersebut.

Di Singapura saja, sektor pelancongan, pengangkutan dan khidmat makanan terjejas teruk selepas pemerintah melaksanakan inisiatif jarak selamat bagi membendung penularan virus yang boleh membawa maut itu.

Encik Heng bagaimanapun memberi amaran bahawa terdapat banyak lagi ketidaktentuan mengenai penularan COVID-19 dan virus korona itu kelihatan jauh lebih rumit berbanding krisis kewangan global pada 2009 kerana kesannya begitu besar dan luas termasuk bidang perubatan, sosial dan psikologi.

Krisis kewangan tersebut merupakan satu-satunya peristiwa di mana Singapura mengeluarkan rizab negara di mana pihak pemerintah mengeluarkan S$4.9 bilion bagi membantu para pekerja terus bekerja dan memastikan syarikat-syarikat terus berdaya maju dan tidak gulung tikar melalui pinjaman yang dihulurkan. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan