Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun yang disyaki terkena serangan jantung selepas vaksin COVID-19 sudah keluar ICU

"Keadaannya kekal stabil. Kami masih menyiasat punca sebenar."

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 16 tahun yang disyaki terkena serangan jantung selepas vaksin COVID-19 sudah keluar ICU

Para pelajar di pusat vaksinasi ITE Kolej Tengah pada 7 Jun 2021. (Gambar: Nuria Ling/Today)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 01:09AM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 01:12AM

SINGAPURA: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang berada dalam keadaan kritikal setelah disyaki terkena serangan jantung enam hari selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kini sudah keluar daripada unit jagaan rapi (ICU).

"Pesakit itu sudah dipindahkan daripada unit jagaan rapi ke unit rawatan pergantungan tinggi (HDU) di Unit Jagaan Koronari bagi pemantauan rapi," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (15 Jul) dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

"Keadaannya kekal stabil. Kami masih menyiasat punca sebenar."

Pihak berkuasa sebelum ini menyatakan selain kemungkinan mengalami komplikasi daripada vaksinasi, mereka sedang meneliti sama ada suplemen kesihatan mungkin menyumbang kepada remaja itu mengalami serangan jantung.

"Keutamaan kami adalah kesejahteraan pesakit itu dan dia di bawah jagaan rapi pasukan perubatan yang terbaik di Hospital Universiti Nasional dan menjadi harapan kami dia cepat sembuh," menurut MOH.

MOH juga menekankan bahawa kes kematian seorang remaja 16 tahun baru-baru ini, yang berita kematiannya tersebar dalam kumpulan-kumpulan sembang tiada kaitan dengan vaksin.

"Dia belum menerima sebarang dos vaksin COVID-19."

Pada Rabu (14 Jul) malam MOH memuat naik catatan Facebook menyatakan ia maklum tentang spekulasi yang tular di Facebook, Telegram dan WhatsApp mengenai berita kematian yang menyebabkan orang ramai menyangka seorang remaja meninggal dunia akibat kesan sampingan teruk berkaitan vaksin COVID-19.

"Kami ingin menjelaskan bahawa kematian yang disebut dalam catatan dan mesej-mesej itu bukan berkaitan vaksin," menurut MOH di laman Facebooknya.

Pada Khamis, MOH menekankan bahawa kes itu tiada kaitan dengan pesakit lelaki berusia 16 tahun yang diumumkannya pada 5 Julai. Remaja itu rebah selepas melakukan -kegiatan senaman berat di gim.

"Kami menggesa orang awam supaya jangan menyebarkan maklumat tidak berasas yang mungkin menambah kesedihan keluarga atau menyebabkan orang ramai berasa cemas," menurut MOH.

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan