Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Razer ubah operasi pengilangan untuk hasilkan pelitup pembedahan

Syarikat permainan elektronik setempat, Razer akan mengubah  sebahagian proses pengilangannya untuk menghasilkan pelitup pembedahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Razer ubah operasi pengilangan untuk hasilkan pelitup pembedahan

Seorang lelaki memegang pelitup. (Gambar: Gaya Chandramohan/Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 11:34PM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 11:36PM

SINGAPURA: Syarikat permainan elektronik setempat, Razer akan mengubah sebahagian proses pengilangannya untuk menghasilkan pelitup pembedahan.

Ia akan mendermakan sehingga sejuta keping pelitup itu kepada pihak penguasa kesihatan di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Razer, Tan Min-Liang mengumumkan demikian hari ini (19 Mac) di Facebook.

Beliau berkata syarikat itu sudah menghubungi pihak berkuasa di sini untuk mendermakan

bekalan pertama ke Singapura, di mana terletaknya ibu pejabat serantau Razer.

Encik Tan menambah penghasilan dan derma pelitup tersebut adalah langkah pertama Razer dalam menyumbang kepada usaha memerangi pandemik COVID-19. 

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan