Koronavirus
Images
Ratusan varian baru COVID-19 dikesan di India
INDIA: Ratusan varian baru COVID-19 dikesan di wilayah Maharashtra di India.
Varian-varian baru itu dipercayai menjadi punca pertambahan mendadak jangkitan baru COVID-19 di wilayah India itu.
Pihak berkuasa sudah mengurung sehingga 1,300 penduduk sebuah bangunan kediaman, untuk mengawal penularan terbaru itu.
Terdapat juga kebimbangan gelombang jangkitan baru kerana kes-kes jangkitan terus meningkat di seluruh India.
India melaporkan lebih 14,200 kes baru, jumlah harian tertinggi dalam tiga minggu.
- Agensi berita/HK/nk