Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura pulang dari Sweden dan pelajar Rusia di S'pura antara kes import terkini

Sebanyak empat kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (20 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura pulang dari Sweden dan pelajar Rusia di S'pura antara kes import terkini

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 11:46PM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 11:48PM

SINGAPURA: Sebanyak empat kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (20 Nov), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kesemuanya adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Hari ini merupakan hari ke-10 berturut-turut di mana tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan.

Tiga kes tidak menunjukkan gejala dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan proaktif, menurut MOH.

Kes-kes baru itu termasuk seorang lelaki rakyat Singapura berusia 38 tahun yang pulang dari Sweden, dan seorang lelaki warga Rusia berusia 18 tahun yang memegang pas lawatan jangka pendek dan berdaftar di sebuah sekolah privet di Singapura.

Baki kes melibatkan dua wanita yang berusia 28 tahun dan 40 tahun. Mereka adalah pemegang permit kerja dari Indonesia.

Lagi 6 kes COVID-19 dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes yang sudah pulih sepenuhnya seramai 58,058.

Masih terdapat 26 kes di hospital. Kebanyakannya berada dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih dan tiada seorang pun yang dirawat di unit jagaan rapi.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), lagi 31 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan-kemudahan masyarakat. Mereka adalah pesakit dengan simptom ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif COVID-19.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan