Skip to main content

Iklan

Iklan

Rakyat M'sia dinasihati supaya jangan leka dengan kelonggaran, COVID-19 belum berakhir

Biarpun banyak kelonggaran diumumkan kerajaan, namun ia tidak bermakna rakyat Malaysia sudah bebas COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat M'sia dinasihati supaya jangan leka dengan kelonggaran, COVID-19 belum berakhir

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 11:27AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 11:33AM

KUALA LUMPUR: Biarpun banyak kelonggaran diumumkan kerajaan, namun ia tidak bermakna rakyat Malaysia sudah bebas COVID-19.

Sebaliknya, orang ramai masih mempunyai tanggungjawab memerangi pandemik itu dengan mempertingkatkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Selepas panggung wayang dibenarkan beroperasi semula, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk pusat hiburan keluarga dibuka semula termasuk arked permainan dan pusat karaoke bermula Rabu (15 Jul).

Sebelum ini, mereka yang minat bernyanyi hanya menggunakan aplikasi 'Smule' atau set karaoke di rumah sepanjang PKP, maka kelonggaran yang diberikan itu pastinya amat dinanti-nantikan.

Bukan sahaja dapat menyanyi dan menonton wayang, kerajaan turut membenarkan operasi arked permainan, taman 'funfair indoor', hiburan pendidikan, gim permainan kanak-kanak dan hiburan permainan berasaskan peralatan mesin.

Selain itu, liga bola sepak tempatan juga akan kembali beraksi walaupun tanpa penonton dan orang ramai masih boleh menyaksikannya menerusi televisyen.

Justeru, orang ramai perlu lebih prihatin ketika berada di tempat awam dan seandainya ada ahli keluarga mempunyai simptom seperti batuk dan selesema, seharusnya kekal berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan terutama kepada kanak-kanak. 

Namun, orang ramai perlu diingatkan bahawa pematuhan terhadap SOP serta kawalan kendiri amat dituntut kerana misi untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 di Malaysia belum selesai.

Meskipun penularan COVID-19 di Malaysia masih rendah, namun negara itu kembali mencatat kes penularan tempatan selepas dua hari sifar iaitu lima kes membabitkan tiga kes dalam kalangan rakyat manakala dua kes melibatkan warga asing.

Jumlah kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia juga kembali kepada dua angka iaitu sebanyak 13 kes.

Sumber : Bernama/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan