Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Filipina diuji positif COVID-19 di S'pura

Seorang rakyat Filipina di Singapura diuji positif bagi virus korona COVID-19, menurut Kedutaan Filipina hari ini (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Filipina diuji positif COVID-19 di S'pura

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 03:46PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 03:49PM

SINGAPURA: Seorang rakyat Filipina di Singapura diuji positif bagi virus korona COVID-19, menurut Kedutaan Filipina hari ini (24 Feb).

Kes itu merupakan yang pertama melibatkan seorang rakyat Filipina dijangkiti virus berkenaan yang dilaporkan di Singapura.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, Kedutaan Filipina menyatakan individu itu kini dimasukkan di bilik pengasingan di sebuah hospital tempatan.

Butiran peribadi pesakit itu tidak didedahkan, menurut kedutaan itu sambil menukil dasar privasi Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

"Kedutaan Filipina sedang berhubung rapat dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura. Kedutaan Filipina bersedia untuk menyediakan semua bantuan konsular yang diperlukan pesakit.

"Buat masa ini, semua orang diminta menghormati privasi pesakit," menurut kedutaan berkenaan.

Kedutaan itu juga menggalakkan rakyat Filipina di Singapura untuk "kekal berwaspada, menjaga kebersihan diri dan mengelakkan daripada mengunjungi tempat-tempat yang sesak atau perhimpunan besar-besaran dan kerap memantau kesihatan diri, mereka yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas digesa berjumpa doktor dengan segera".

Rakyat Filipina juga digalakkan untuk mematuhi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh pemerintah Singapura untuk tidak membuat kunjungan tidak penting ke bandar Daegu dan wilayah Cheongdo di Korea Selatan dan sentiasa berwaspada ketika mengunjungi tempat-tempat lain di negara itu.

Korea Selatan meningkatkan tahap respons kecemasan kepada "serius" pada Ahad (23 Feb) setelah ia melaporkan lagi tiga kematian dan 169 kes jangkitan baru.

Mediacorp sudah pun menghubungi Kementerian Kesihatan (MOH) bagi mendapatkan komen.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan