Skip to main content

Iklan

Iklan

Qatar sudah melepasi puncak penularan jangkitan; longgarkan lagi sekatan COVID-19

Qatar berharap dapat melonggarkan lagi sekatan COVID-19 mulai 1 Julai, menurut pihak berkuasa. Ia akan membenarkan pembukaan semula restoran, pantai dan taman sedang jumlah kes memandangkan negara itu sudah melepasi puncak penularan jangkitan manakala  kadarnya kian merosot.

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar sudah melepasi puncak penularan jangkitan; longgarkan lagi sekatan COVID-19

Penduduk dan rakyat Qatar dikehendaki oleh undang-undang untuk memuat turun aplikasi pengesanan kontak di telefon bimbit mereka. (Gambar: KARIM JAAFAR/AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 09:34PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 09:39PM

DUBAI: Qatar berharap dapat melonggarkan lagi sekatan COVID-19 mulai 1 Julai, menurut pihak berkuasa. Ia akan membenarkan pembukaan semula restoran, pantai dan taman sedang jumlah kes memandangkan negara itu sudah melepasi puncak penularan jangkitan manakala kadarnya kian merosot.

Negara dengan sekitar 2.8 penduduk itu mencatat jumlah jangkitan kedua tertinggi dalam kalangan enam negara Arab Teluk selepas Arab Saudi. Ia mengumumkan 750 kes baru pada Ahad (28 Jun), membawa jumlah keseluruhan kes kepada 94,413 dengan 110 kematian.

Dalam satu kenyataan pada lewat Ahad, Jawatankuasa Agung bagi Pengurusan Krisis di negara itu menyatakan restoran akan dibuka semula pada kapasiti terhad mulai 1 Julai, begitu juga bagi pantai dan taman awam.

Perhimpunan awam dan privet tidak melebihi lima orang akan dibenarkan sementara pekerja di sektor-sektor awam dan privet boleh bekerja dari pejabat pada kapasiti 50 peratus, tambahnya.

Qatar, seperti negara-negara Teluk lain, menyaksikan penularan penyakit itu dalam kalangan pekerja asing berpendapatan rendah yang tinggal di kuarters yang sesak. Bagaimanapun negara itu tidak melaksanakan perintah berkurung.

Bulan ini, Qatar membenarkan penerbangan keluar negara dan membuka semula sesetengah masjid.

Dalam fasa ketiga kelonggaran, dijadual bermula 1 Ogos, ia akan membenarkan penerbangan dari negara-negara berisiko rendah untuk disambung semula, pusat beli-belah untuk beroperasi pada kapasiti penuh dan pasar-pasar lain pada kapasiti terhad.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan