Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat prasekolah dibuka semula bertahap dengan langkah pengurusan selamat

Pusat-pusat prasekolah dibuka semula hari ini (2 Jun) dengan semua khidmat asas bakal disambung semula secara bertahap-tahap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jun 2020 08:10PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 08:48PM

SINGAPURA: Pusat-pusat prasekolah dibuka semula hari ini (2 Jun) dengan semua khidmat asas bakal disambung semula secara bertahap-tahap.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee berkata pelbagai cara kreatif dilakukan bagi menjaga jarak selamat.

Menulis di Facebook, Encik Lee berkata tadika Little Preschool, misalnya, menggunakan pelindung meja yang membolehkan kanak-kanak saling berinteraksi namun, tetap menjaga jarak ketika waktu makan.

Langkah-langkah lain termasuk pelindung plastik telus yang diletakkan antara kanak-kanak semasa waktu tidur.

Encik Lee menambah banyak pusat prasekolah secara proaktif memberikan perkembangan terkini kepada ibu bapa sejak dua minggu yang lalu.

Ini termasuk mengadakan sesi-sesi online untuk memberitahu ibu bapa dan kanak-kanak apa yang boleh dijangkakan dan mengajar cara memakai pelitup yang betul. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan