Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat prasekolah Bukit Merah ditutup 2 minggu setelah guru dijangkiti COVID-19

Pusat prasekolah MY World Preschool di Bukit Merah diarahkan tutup selama dua minggu setelah salah seorang gurunya dijangkiti COVID-19, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Ahad (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat prasekolah Bukit Merah ditutup 2 minggu setelah guru dijangkiti COVID-19

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 16 Mar 2020 08:29AM Dikemas Kini : 16 Mar 2020 08:34AM

SINGAPURA: Sebuah pusat prasekolah di Bukit Merah diarahkan tutup selama dua minggu setelah salah seorang gurunya dijangkiti COVID-19, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Ahad (15 Mac).

MY World Preschool, terletak di 52 Lengkok Bahru, akan ditutup dari 16 hingga 27 Mac, menurut agensi tersebut yang menyelia pusat-pusat tajaka dan prasekolah di Singapura.

Guru itu kali terakhir berada di sekolah itu pada Jumaat dan diuji positif COVID-19 pada Ahad pagi.

Tempoh penutupan sekolah itu termasuk tempoh pengeraman 14 hari sejak guru itu berada di prasekolah tersebut, kata ECDA, sambil menambah pengesanan orang-orang yang berhubung rapat dengan pesakit sedang dijalankan.

Kesemua kanak-kanak, guru-guru dan anggota kakitangan dikenakan cuti ketidakhadiran semasa tempoh penutupan itu.

Guru tersebut adalah kes ke-221, salah satu daripada 14 kes yang diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad.

Warga Filipina 28 tahun itu adalah pemegang pas kerja Singapura dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara atau daerah yang terjejas oleh virus korona itu.

Beliau mempunyai kaitan dengan satu kes sebelum ini - Kes 204, seorang warga Amerika 32 tahun yang merupakan pemegang pas kerja Singapura dan pernah ke Jepun antara 29 Feb dengan 8 Mac.

"MY World Preschool akan melakukan pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh ke atas premis prasekolah, dan sedang memantau dengan teliti kakitangannya dan para ibu bapa tentang status kesihatan anak-anak mereka," menurut ECDA.

Ini selain langkah-langkah pencegahan lebih awal yang dilaksanakan sejajar dengan garis panduan Pemerintah, seperti menghadkan pengunjung, menggantung kegiatan beramai-ramai dan wisata serta meningkatkan pantauan suhu badan ke atas kanak-kanak dan kakitangan.

Para kakitangan dan kanak-kanak dinasihatkan untuk duduk di rumah semasa tempoh penutupan dan elakkan daripada ke tempat yang sesak atau menghadiri majlis keramaian, tambah ECDA.

Singapura sudah melaporkan 226 kes COVID-19, termasuk 14 kes baru pada Ahad - lonjakan terbesar dalam sehari setakat ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan