Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Penjaja Newton, Velocity@Novena Square antara lokasi dikunjungi kes COVID-19

Pasar raya Sheng Siong di Blok 233 Ang Mo Kio Avenue 3 dan Collin's Jubilee Square juga dikunjungi kes-kes COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Penjaja Newton, Velocity@Novena Square antara lokasi dikunjungi kes COVID-19

Gambar fail Pusat Penjaja Newton dan Velocity@Novena Square.

Diterbitkan : 05 May 2021 07:10AM Dikemas Kini : 05 May 2021 07:13AM

SINGAPURA: Pusat Penjaja Newton dan sebuah restoran di Velocity@Novena Square dimasukkan ke dalam senarai lokasi yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 yang terkait dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semasa tempoh berjangkit.

Huluruk Myeon House di Velocity@Novena Square dikunjungi oleh kes COVID-19 pada 26 April manakala Pusat Penjaja Newton pula dikunjungi pada 28 April.

Pasar raya Sheng Siong di Blok 233 Ang Mo Kio Avenue 3 dan Collin's Jubilee Square juga dikunjungi kes-kes COVID-19 yang terkait dengan kelompok TTSH, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (4 Mei).

Lokasi-lokasi lain yang dikunjungi kes-kes COVID-19 yang tidak dikaitkan dengan kelompok TTSH adalah Mustafa Centre dan Haniffa di Dunlop Street.

Lokasi-lokasi baru yang dimasukkan ke dalam senarai itu adalah seperti berikut:

Tempat-tempat awam yang ditandakan dengan tanda bintang dikunjungi kes-kes berkait kelompok TTSH, menurut MOH.

Senarai itu tidak termasuk kediaman, tempat kerja, kemudahan khidmat jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di lokasi-lokasi tersebut perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus," menurut MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, tambah MOH.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)akan membantu pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.

Semalam (4 Mei) Singapura melaporkan lima kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat adalah antara 17 kes baru jangkitan virus tersebut.

Semua kes baru dalam masyarakat yang terkait dengan kelompok TTSH dikesan melalui ujian proaktif ke atas para pesakit, pengunjung dan kakitangan hospital atau kontak rapat mereka.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan