Skip to main content

Iklan

Iklan

Pusat makanan di Lorong 5 Toa Payoh ditutup; pembantu gerai sate positif COVID-19 selepas kunjungi KTV

Sebuah pusat penjaja di Lorong 5 Toa Payoh baru  ditutup, mungkin selama dua minggu kerana semua penjaja terjejas harus menjalani Notis Jangan Keluar Rumah SHN (SHN), selepas seorang pembantu gerai di sebuah gerai sate diuji positif COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2021 04:50PM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 08:46PM

SINGAPURA: Sebuah pusat penjaja di Lorong 5 Toa Payoh baru ditutup, mungkin selama dua minggu kerana semua penjaja terjejas harus menjalani Notis Jangan Keluar Rumah SHN (SHN), selepas seorang pembantu gerai di sebuah gerai sate diuji positif COVID-19.

Difahamkan pembantu gerai di Pusat Makanan Blok 75 Lorong 5 Toa Payoh itu telah mengunjungi sebuah kelab KTV pada Ahad (11 Jul) dan menjadi sebahagian daripada kelompok berkait dengan beberapa KTV dan kelab malam di sini.

Setakat Rabu (14 Jul), sebanyak 54 kes dikaitkan dengan kelompok itu.

Semua pegerai di pusat makanan itu mesti menjalani ujian COVID-19 dan kuarantin. Menurut lelaman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), terdapat 36 gerai makanan di pusat makanan Lorong 5 itu.

Mediacorp menghubungi dua penjaja yang terjejas oleh penutupan pusat makanan itu. Kedua-dua yang diwawancara kini berada di rumah dan sedang menanti untuk dibawa ke hotel bagi menjalani SHN mereka selama dua minggu.

“Saya terpaksa buang banyak makanan. Saya baru saja beli beberapa bahan segar," kata pemilik gerai Traditional Claypot Rice, Encik Nelson Lee.

"Kami tidak boleh berniaga selama dua minggu (tatkal SHN) tetapi selepas itu, berapa lama lagi masa yang akan diambil sebelum orang ramai kembali ke sana? Saya rasa sekurang-kurangnya sebulan selepasnya."

“Ia satu masalah besar," tambah penjaja berusia 55 tahun itu.

Unit gerai penjaja itu #01-32 terletak "agak dekat" dengan gerai sate yang terjejas.

"Tentunya saya risau. Saya masih boleh menjangkiti (virus itu) kepada anggota keluarga atau rakan-rakan," ujar beliau yang sudahpun divaksinasi sepenuhnya.

"SAYA TIDAK TAKUT DIJANGKITI"

Encik Steven Lim, seorang lagi penjaja yang mengendalikan gerai Kim Western di unit #01-16, berkata: "Saya tidak takut (dijangkiti COVID-19. Gerai saya di bahagian lain pusat penjaja ini jadi kami tidak mempunyai kontak (dengan individu terjejas itu)".

Penjaja berumur 65 tahun yang belum lagi menerima suntikan vaksin itu berharap dapat menerima bantuan sewa lanjut sebagai pengganti kepada "kehilangan perniagaan selama lagi dua minggu."

PEMBANTU GERAI SATE DIJANGKITI SELEPAS KUNJUNGI KTV TERJEJAS

Penjaja sebuah gerai pencuci mulut di pusat makanan itu, Encik Chen Wenquan, memberitahu akhbar Lianhe Zaobao bahawa mereka hanya dimaklumkan tentang penutupan itu pada 3.00 petang Rabu (14 Jul) dan terkejut dengan berita tersebut. Beliau dan isterinya segera mengemaskan barang-barang dan pulang ke rumah.

“Kami diberitahui bahawa seseorang akan datang membantu kami dengan ujian COVID-19 dan kami juga perlu dikuarantin selama dua minggu. Kami masih menunggu arahan," katanya.

Menurut Encik Wenquan, seorang lagi pemilik gerai melihat pembantu gerai sate berkenaan bekerja pada Ahad lalu. Pembantu gerai berkenaan kemudian mengunjungi sebuah kelab KTV dan diuji positif COVID-19 tidak lama selepas itu.

Bulan lalu, Pasar dan Pusat Makanan Redhill ditutup selama dua minggu selepas seorang dijangkiti COVID-19 didapati mengunjungi tempat itu.

Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View yang terletak berdekatan juga ditutup selepas beberapa kes positif terkait dengan kelompok di sana.

Encik Wenquan bimbang para penjaja di tempat beliau berniaga akan berakhir dalam keadaan yang sama seperti itu.

"Kami sudah bersedia secara mental untuk dikuarantin selama dua minggu tetapi kami akan kerugian banyak wang jika tidak boleh berniaga sepanjang tempoh ini. Selepas pembukaan semula, perniagaan tidak akan bertambah baik dengan begitu cepat. Saya berharap pihak berkuasa boleh menyesuaikan sewa," ujarnya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan