Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat kegiatan warga senja dibuka semula; keutamaan bagi golongan berisiko

Pusat aktiviti bagi warga senja dibuka semula pada Selasa (2 Jun) dengan hanya beberapa program diadakan sedang Singapura menamatkan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2020 09:42PM Dikemas Kini : 01 Jun 2020 11:52PM

SINGAPURA: Pusat aktiviti bagi warga senja dibuka semula pada Selasa (2 Jun) dengan hanya beberapa program diadakan sedang Singapura menamatkan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Jumlah mereka yang dibenarkan berkumpul akan dihadkan kepada kumpulan kecil pada setiap masa.

Malah, beberapa pusat akan memberi keutamaan kepada warga senja yang tinggal sendirian disebabkan oleh kesan pengasingan sosial.

Misalnya, Lion Befrienders bersiap sedia membuka sembilan pusat kegiatan warga senja esok.

Ini selepas kesemuanya digantung hampir empat minggu yang lalu.

Kegiatan persendirian - seperti seni dan pertukangan tangan serta senaman akan dimulakan semula esok.

Selain itu, bimbingan-bimbingan lain yang turut akan dijalankan semula termasuk bantuan membaca atau perkhidmatan rujukan.

Lion Befrienders memberi perkhidmatan kepada sekitar 6,000 warga senja dengan majoritinya tinggal di rumah-rumah flat sewa.

Ia berharap sambungan semula aktiviti pasca Circuit Breaker itu akan membolehkan penilain lebih baik keadaan kesihatan fizikal dan psikologi.

Lima warga senja akan dibenarkan untuk membuat lawatan selama sejam.

Kunjungan hanya boleh dilakukan menerusi temu janji.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan