Skip to main content

Iklan

Iklan

Pusat kegiatan warga emas di Bukit Merah View, Bake King di Haig Road antara tempat dikunjungi kes COVID-19 ketika berjangkit

Sebuah pusat kegiatan warga emas di Bukit Merah View serta kedai bekalan buat kuih di Haig Road ditambah ke senarai tempat awam yang pernah dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat kegiatan warga emas di Bukit Merah View, Bake King di Haig Road antara tempat dikunjungi kes COVID-19 ketika berjangkit

Blok 117 Bukit Merah View di mana terleteknya pusat kegiatan warga tua. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 18 Jun 2021 11:53PM Dikemas Kini : 18 Jun 2021 11:54PM

SINGAPURA: Sebuah pusat kegiatan warga emas di Bukit Merah View serta kedai bekalan buat kuih di Haig Road ditambah ke senarai tempat awam yang pernah dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit.

Dalam kemas kini sebelah malam mengenai keadaan koronavirus di sini pada Jumaat (18 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan mereka yang berjangkit telah mengunjungi:

  • Cawangan Guardian di pusat beli-belah Ion Orchard pada 4 Jun antara 12.30 tengah hari dengan 8.30 malam
  • Pusat Kegiatan Kesihatan Warga Emas NTUC (SilverACE) - Henderson yang terletak di 117 Bukit Merah View pada 9 Jun dari 10 pagi hingga 11 pagi
  • Pasar raya NTUC FairPrice di 166 Bukit Merah Central pada 13 Jun antara 10.20 pagi dengan 11.15 pagi
  • Bake King - sebuah kedai bekalan buat kuih di 10 Haig Road pada 14 Jun antara 12 tengah hari hingga 9 malam

MOH pada hari Jumaat menyatakan bahawa seorang warga China berusia 35 tahun yang bekerja sebagai juruwang di Bake King dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View.

Sehingga Jumaat, kelompok itu mempunyai 65 kes yang disahkan.

MOH menyatakan ia sudah memaklumkan individu-individu yang dikenalpasti sebagai kontak rapat kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat-tempat itu pada masa yang dicatatkan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka," tambah MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan hilang deria rasa atau bau dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut."

MOH menambah orang ramai juga boleh mengakses khidmat periksa sendiri padanan lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau di lelaman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di tempat-tempat tersebut pada waktu yang tertera, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Orang ramai tidak perlu menjauhi tempat-tempat yang dikunjungi kes COVID-19, tambah kementerian itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memberi panduan kepada pihak pengurusan premis-premis yang terjejas mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Jumaat, MOH melaporkan 16 kes baru COVID-19, 14 daripadanya adalah kes jangkitan dalam masyarakat. Baki dua kes diimport.  

Sumber : Today/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan