Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat beli-belah baru di Changi masih kosong meski 9 bulan siap dihuni

Tersergam di Changi, seberang jalan dari Pusat Hubungan Penjara (PLC), berdiri sebuah bangunan baru tiga tingkat yang serba moden. Muka bangunannya berwarna merah dan kelabu dengan reka bentuk tingkap memanjang dan berwarna gelap bagi menambah daya tarikan yang canggih kepada struktur tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah baru di Changi masih kosong meski 9 bulan siap dihuni

Liv@Changi Mall. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 12 Sep 2020 10:58PM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 11:03PM

SINGAPURA: Tersergam di Changi, seberang jalan dari Pusat Hubungan Penjara (PLC), berdiri sebuah bangunan baru tiga tingkat yang serba moden. Muka bangunannya berwarna merah dan kelabu dengan reka bentuk tingkap memanjang dan berwarna gelap bagi menambah daya tarikan yang canggih kepada struktur tersebut.

Namun jika dijenguk ke dalam pusat beli-belah Liv@Changi, yang terletak di persimpangan Upper Changi Road North dengan Mariam Way, itu anda akan mendapatinya kosong belaka.

Kon berwarna merah diletakkan di sepanjang jalan menghala ke tempat letak kereta pusat beli-belah itu. Perkataan "Welcome" atau "Sila Masuk" tertera di pintu depan bangunan meskipun ia dikunci rapat. Sebuah tanda SafeEntry juga dilekatkan pada pintu itu, seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke pusat beli-belah yang belum lagi dilancarkan itu.

Liv@Changi sudah diberi Permit Penginapan Sementara (TOP) pada Disember tahun lalu, menurut syarikat pemaju projek tersebut Fortune Assets Changi pada Jumaat (11 Sep) dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Namun, ia sukar menarik penyewa disebabkan oleh peraturan perancangan dan pandemik COVID-19 yang berlaku.

Sektor penjualan runcit di Singapura merosot sebanyak 40.5 peratus pada April lalu berbanding tahun lalu, ketika penularan virus korona dan langkah pemutus rantaian jangkitan memaksa perniagaan bukan penting ditutup.

"Sewa ruang-ruang runcit terjejas oleh pandemik apabila langkah pemutus jangkitan dilaksanakan pada April lalu," menurut pengarah Fortune Assets Changi Keev Tan.

"Selain itu, garis panduan perancangan mengehadkan perniagaan tertentu seperti kafe dan restoran, yang penting untuk menarik pengunjung ke pusat beli-belah."

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Februari lalu pula menolak permohonan syarikat pemaju itu untuk mengubah enam unit kedai di tingkat satu dan dua menjadi sebuah restoran.

"Saranan untuk membangunkan restoran tidak dibenarkan, seperti tertera dalam syarat perancangan (f) bagi Kelulusan Bertulis, bagi melindungi kemudahan penduduk sekitar," menurut URA dalam satu dokumen yang dilihat oleh Mediacorp.

Menurut syarat-syarat perancangan terkini yang dikeluarkan pada Mac 2019, URA menyatakan pusat beli-belah itu tidak dibenarkan mempunyai restoran, bar, pusat kesihatan atau kelab malam.

PARA PENDUDUK BERCELARU

Seorang penduduk yang tinggal di sebuah estet swasta berhampiran berkata beliau mengalu-alukan pembukaan pusat beli-belah itu bagi memudahkannya mendapat barang keperluan rumah.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku," kata wanita berusia 63 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Esther," Mungkin ia terjejas COVID-19."

Seorang lagi penduduk berusia 70 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Lim, membuat kesimpulan pusat beli-belah itu mungkin menghadapi beberapa isu perancangan.

"Saya perlukan sebuah pasar raya," katanya sambil menambah bahawa kedai paling dekat buatnya ialah di Loyang, sekitar 2 kilometer atau memerlukannya berjalan kaki selama 15 minit.

Proses menyewakan ruang-ruang runcit di pusat beli-belah itu masih dijalankan, kata pemajunya, meskipun tidak terdapat sebarang tanda bila ia akan dibuka.

"Matlamat pusat beli-belah ini adalah untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bermutu kepada penduduk di sekitar kawasan ini," kata Encik Tan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan