Koronavirus

Images
  • india vaccine
    (Gambar: Reuters)

Program vaksinasi India terhambat akibat gangguan teknikal aplikasi

SATARA, India: Sekurang-kurangnya dua negeri di India menggantung program vaksinasi sehari selepas negara tersebut melancarkan salah satu program vaksinasi COVID-19 yang terbesar di dunia.

Maharashtra menghentikan pelancaran vaksin tersebut buat dua hari kerana berlaku gangguan teknikal melibatkan sebuah aplikasi yang digunakan untuk menyelaras proses tersebut.

Negeri Odisha pula menangguhkan program vaksinasi buat sehari bagi memantau keadaan penerima suntikan vaksin.

Meskipun mengalami gangguan, pihak pemerintah mengalu-alukan pelancaran program vaksinasi itu sambil berkata India sedang membuka jalan bagi negara-negara lain.

Lebih dari 190,000 warga India menerima suntikan vaksin pada hari pertama.

Ini selepas negara itu mencatat lebih dari 15,000 kes baru COVID-19 setiap hari. 

- Agensi berita/NZ/ha

Top