Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program rintis bagi buka semula kelab malam, karaoke ditunda dek peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat

Sebuah program perintis bagi membuka semula sebilangan kelab malam dan pusat karaoke dengan melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 ditangguh sehingga diberitahu selanjutnya di tengah-tengah peningkatan pada jumlah kes COVID-19 dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Program rintis bagi buka semula kelab malam, karaoke ditunda dek peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 06:26PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 06:35PM

SINGAPURA: Sebuah program perintis bagi membuka semula sebilangan kelab malam dan pusat karaoke dengan melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 ditangguh sehingga diberitahu selanjutnya di tengah-tengah peningkatan pada jumlah kes COVID-19 dalam masyarakat.

Ia diumumkan pada Selasa (19 Jan) oleh Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

"Bagi mengelakkan berlaku penularan lanjut dalam masyarakat dan pembentukan kelompok-kelompok jangkitan dalam persekitaran berisiko tinggi seperti kelab-kelab malam dan pusat-pusat karaoke, di mana orang ramai saling berdampingan bagi jangka masa yang panjang dan di ruang-ruang tertutup, program perintis itu terpaksa ditangguh sehingga diberitahu selanjutnya," menurut MTI dan MHA dalam satu kenyataan media bersama.

"Masih belum pasti bila program perintis itu akan dapat dijalankan setelah mengambil kira keadaan kesihatan awam semasa. Agensi-agensi akan menyemak semula pelaksanaan program perintis ini pada waktu yang sesuai."

Program perintis bagi pembukaan semula kelab malam dan pusat karaoke sepatutnya bermula pada bulan ini.

Pihak berkuasa memilih dua kelab malam dan 10 pusat karaoke untuk menyertai program perintis ini, daripada lapan calon kelab malam dan 15 calon pusat karaoke.

"Kami sedang bekerjasama dengan para pengendali yang dipilih untuk menyertai program perintis ini berhubung langkah-langkah seterusnya bagi perniagaan mereka dan membantu mereka secara individu," menurut MHA dan MTI.

Satu program perintis berasingan untuk bar dan pub yang bermula pada 8 Dis akan diteruskan buat masa ini, menurut kedua-dua kementerian itu.

Ia melibatkan tiga cawangan yang dibenarkan dibuka semula: Bar Kiharu di Orchard Plaza, Bell Bar di Cuppage Plaza dan Skinny's Lounge di Boat Quay.

"Agensi-agensi akan terus memantau situasi dengan teliti dan akan bekerjasama dengan para pengendali untuk mengetatkan (langkah-langkah pengurusan selamat) yang sewajarnya bagi melindungi kesihatan awam," menurut kedua-dua kementerian itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan