Virus Korona

Images
  • office workers
    (Gambar fail: TODAY)

Program Pelatih SGUnited padankan 8,000 pelatih dengan perusahaan yang perlu tenaga kerja

SINGAPURA: Bagi golongan yang sedang mencari pekerjaan Pemerintah akan memperkenalkan "Program Pelatih SGUnited" yang akan memadankan 8,000 pelatih dengan perusahaan-perusahaan yang memerlukan tenaga kerja.

Peluang-peluang kerja termasuk dalam bidang sains dan teknologi, kajian dan pengembangan serta teknologi maju.

Bagi golongan lain pula, Inisiatif Pekerjaan SGUnited akan dilancarkan
untuk mewujudkan sekitar 10,000 pekerjaan dalam masa setahun akan datang, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Namun sedang peluang-peluang diwujudkan, kesan ekonomi yang berpanjangan akibat COVID-19 akan menyebabkan sebilangan pekerja kehilangan pekerjaan mereka.

Oleh demikian, DPM Heng memberi jaminan mereka yang tidak bekerja akan tetap menerima bantuan.

Ini dengan memberikan lebih banyak fleksibiliti apabila menimbangkan permohonan mendapatkan skim bantuan ComCare semasa waktu-waktu sukar sebegini.

Bagi keluarga yang memerlukan bantuan dengan segera, pemerintah akan menubuhkan Dana Bantuan Kewangan Jangka Pendek bulan depan bagi menyediakan bantuan kewangan dengan segera.

Geran Bantuan COVID-19 juga akan diperkenalkan bermula bulan Mei hingga September ini, di mana pekerja berpendapatan rendah dan sederhana yang kehilangan pekerjaan mereka akibat COVID-19 boleh menerima $800 sebulan untuk tiga bulan.

S$145 juta akan diperuntukkan bagi skim-skim baru tersebut di bawah ComCare. 

- CNA/NF/na

Top