Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Duterte mahu seluruh penduduk Filipina diberi vaksin COVID-19

Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata pada Rabu (14 Okt) bahawa pemerintah mempunyai dana untuk memperolehi vaksin virus korona tetapi beliau memerlukan jumlah yang lebih banyak kerana beliau mahu memberi vaksin kepada seluruh penduduk negaranya.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Duterte mahu seluruh penduduk Filipina diberi vaksin COVID-19

Presiden Rodrigo Duterte. (Gambar: REUTERS/Eloisa Lopez)

Diterbitkan : 15 Oct 2020 11:45AM Dikemas Kini : 15 Oct 2020 11:47AM

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata pada Rabu (14 Okt) bahawa pemerintah mempunyai dana untuk memperolehi vaksin virus korona tetapi beliau memerlukan jumlah yang lebih banyak kerana beliau mahu memberi vaksin kepada seluruh penduduk negaranya.

Pemerintah Filipina merancang untuk mendapatkan vaksin bagi seluruh rakyatnya, yang menurut Encik Duterte kini berjumlah 113 juta orang, namun keutamaan akan diberikan kepada golongan miskin, polis dan anggota tentera.

"Semua orang akan diberikan vaksin tanpa pengecualian," kata Encik Duterte dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada lewat malam.

Pemimpin lantang itu menegaskan lagi bahawa beliau lebih cenderung mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 dari Rusia atau China. Kedua-duanya sudah pun menghantar permohonan untuk menjalankan uijan klinikal bagi suntikan vaksin di Filipina.

"Bagi saya, sama ada China atau Rusia, saya ok," kata Encik Duterte.

Selain daripada Sinovac Biotech dari China dan Institut Kajian Gamaleya di Rusia, Filipina juga sedang menilai permohonan unit Janssen Johnson & Johson untuk menjalankan ujian Fasa 3 bagi vaksin COVID-19.

Ia telah mengadakan rundingan dengan pembekal vaksin berpotensi yang lain, termasuk pembuat ubat-ubatan Amerika Syarikat Pfizer dan Moderna.

Filipina mencatatkan 1,910 kes baru virus korona pada Rabu (14 Okt), dan 78 lagi kematian, menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara itu sebanyak 346, 536, iaitu jumlah tertinggi di Asia Tenggara dan 6,449 kematian.

Ia membuka semula ekonomi secara bertahap-tahap bagi membolehkan lebih banyak perniagaan menyambung semula operasi dan lebih ramai orang kembali bekerja namun sekatan secara separa yang dilaksanakan dalam dan di sekitar ibu kota Manila tetap dilaksanakan bagi membendung penularan virus.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan