Skip to main content

Iklan

Iklan

PM Prayut umum perjalanan bebas kuarantin ke Thailand bagi pelawat dari 46 negara

Para pelawat dari 46 negara berisiko rendah yang lengkap divaksin terhadap COVID-19 boleh mengunjungi Thailand tanpa syarat kuarantin mulai 1 November. Ini jika mereka memasuki negara itu melalui udara dan diuji negatif COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Prayut umum perjalanan bebas kuarantin ke Thailand bagi pelawat dari 46 negara

(Gambar: Jack TAYLOR / AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 11:17PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 11:18PM

BANGKOK: Para pelawat dari 46 negara berisiko rendah yang lengkap divaksin terhadap COVID-19 boleh mengunjungi Thailand tanpa syarat kuarantin mulai 1 November. Ini jika mereka memasuki negara itu melalui udara dan diuji negatif COVID-19.

Pengumuman itu dibuat pada Khamis (21 Okt) oleh Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha di laman Facebooknya. Namun, beliau tidak menyatakan negara-negara yang termasuk dalam senarai bebas kuarantin itu.

“Kami perlu bergerak pantas dan melakukannya sekarang kerana untuk menunggu semua benda sempurna dahulu, kami mungkin terlalu lambat," ungkap Encik Prayut.

“Mentelah lagi, pelancong mungkin memutuskan untuk sebaliknya melancong ke negara-negara lain."

Pada awalnya, Thailand hanya merancang untuk membenarkan pelawat dari sekitar 10 negara "berisiko rendah" - termasuk Singapura, China dan Amerika Syarikat - untuk memasuki negara itu melalui udara tanpa syarat kuarantin. Ini sekiranya mereka sudah divaksin sepenuhnya serta diuji negatif COVID-19 sebelum dan selepas penerbangan mereka.

Menurut perdana menteri itu, rancangan tersebut berubah setelah beberapa negara mengumumkan akan mula membuka semula sempadan dan melonggarkan langkah-langkah berbeza untuk menyambut semula kedatangan pelancong antarabangsa.

Encik Prayut mengakui keputusan itu dibuat dengan risiko berdepan penularan jangkitan yang meningkat tetapi berkata "ia adalah satu risiko yang kita perlu terima".

Syarat kuarantin akan tetap dikenakan kepada pelawat yang datang dari negara-negara yang tidak tergolong di bawah senarai berkenaan, tambah beliau.

Menurut pengumuman sebelumnya oleh Encik Prayut pada awal bulan ini, syarat kuarantin akan tetap dikenakan kepada pelawat yang membuat perjalanan dari negara yang tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Beliau juga mengumumkan pengambilan alkohol di tempat makan akan tetap dilarang di kawasan berisiko tinggi seperti Bangkok.

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menarik balik larangan alkohol menjelang 1 Disember dan tempat hiburan juga mungkin dibenarkan menyambung semula operasi untuk merancakkan sektor pelancongan, kata Encik Prayut.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan