Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Belanda kutuk rusuhan bantah sekatan COVID-10 sebagai "jenayah ganas"

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, hari ini (25 Jan) mengutuk insiden rusuhan yang berlaku di negara itu minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Belanda kutuk rusuhan bantah sekatan COVID-10 sebagai "jenayah ganas"

Kereta yang dibakar para pemberontak pada 24 Januari 2021. (Gambar: AFP/ANP/Rob Engelaar)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 10:13PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 10:16PM

AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, hari ini (25 Jan) mengutuk insiden rusuhan yang berlaku di negara itu minggu ini, di mana para penunjuk perasaan menyerang polis dan mencetuskan kebakaran kerana membantah perintah berkurung bagi membendung penularan COVID-19.

Encik Rutte menyifatkan mereka sebagai "jenayah ganas".

Menurut polis, ratusan orang ditahan menyusuli insiden yang bermula pada Sabtu malam (23 Jan) dan berlarutan sehingga awal Isnin (25 Jan), termasuk insiden di mana para perusuh melontar batu. Malah, dalam satu insiden, mereka mencampak pisau ke arah polis dan membakar kemudahan ujian COVID-19.

"Ini tidak ada kena mengena dengan bantahan, ini jenayah ganas dan kami akan menanganinya sedemikian," kata Encik Rutte kepada para wartawan.

Sekolah dan kedai yang tidak menjual keperluan penting di Belanda di tutup sejak pertengahan Disember 2020, selepas tempat-tempat minum dan restoran ditutup dua bulan lebih awal.

Pentadbiran Encik Rutte menambah bahawa perintah berkurung itu adalah langkah tambahan mulai Sabtu menyusuli kebimbangan sekiranya COVID-19 varian Britain mungkin menular di negara itu dan menyebabkan peningkatan kes.

Belanda mencatat 13,540 kematian akibat COVID-19 dan 944,000 kes jangkitan.

Kesatuan polis NPB menyatakan bahawa lebih banyak bantahan mungkin berlaku sedang lebih ramai orang menjadi marah disebabkan sekatan selama berbulan-bulan lamanya.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan