Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Australia bertegas terus tutup sempadan dek COVID-19

Sebarang rancangan untuk melonggarkan peraturan di sempadan bagi mereka yang sudah menerima vaksin boleh dilaksanakan "hanya apabila keadaan selamat".

Anggaran Waktu Membaca:
PM Australia bertegas terus tutup sempadan dek COVID-19

Orang ramai di Sydney, 4 Sept 2020. (Gambar: Reuters/Loren Elliott)

Diterbitkan : 18 May 2021 04:04PM Dikemas Kini : 18 May 2021 04:05PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison hari ini (18 Mei) mengatakan keadaan masih belum selamat untuk membenarkan para penduduk yang sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 untuk ke luar negara, sedang industri-industri yang terjejas teruk oleh pandemik itu merayu agar sempadan-sempadan antarabangsa dibuka semula.

"Saya faham bahawa semua orang tidak sabar untuk kembali kepada keadaan seperti sedia kala. Namun hakikatnya kita sedang menjalani kehidupan dalam pandemik yang lebih buruk berbanding tahun lalu," Encik Morrison memberitahu para wartawan.

Menurut Encik Morrison, sebarang rancangan untuk melonggarkan peraturan di sempadan bagi mereka yang sudah menerima vaksin boleh dilaksanakan "hanya apabila keadaan selamat".

Australia merancang untuk membuka semula sempadannya kepada negara-negara lain pada pertengahan 2022, meskipun semasa pembentangan belanjawan persekutuan minggu lalu, ia berharap untuk memberikan vaksin kepada hampir 26 juta penduduk menjelang tahun ini.

Syarikat-syarikat penerbangan, pengendali pelancongan dan universiti-universiti - yang terjejas akibat kesan sekatan sempadan - menggesa pemerintah persekutuan supaya segera membuka semula sempadan.

"Kita tidak boleh menghalang (COVID-19) sampai bila-bila. Ia akan membuat kita sakit tetapi tidak akan menyebabkan kita masuk hospital. Sebahagian orang mungkin meninggal dunia tetapi jumlah jauh lebih kecil berbanding (akibat) selesema," kata pengarah syarikat penerbangan Virgin Australia, Jayne Hrdlicka, seperti yang dipetik oleh media Australia hari ini.

Pihak berkuasa di New South Wales, wilayah paling ramai penduduk di Australia, menyatakan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasanya perlu menerima vaksin lengkap sebelum menimbangkan kemasukan tanpa kuarantin.

Australia menutup sempadan antarabangsanya pada Mac 2020, kebanyakannya kepada yang bukan rakyat atau penduduk tetap.

Langkah itu berjaya membendung jumlah kes COVID-19 pada paras bawah 30,000 dan 910 kes kematian. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan