Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKP: Solat Jumaat di Kelantan dibenarkan maksimum 50 jemaah

Pelaksanaan solat Jumaat di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim di Kelantan dibenarkan mulai Jumaat ini (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
PKP: Solat Jumaat di Kelantan dibenarkan maksimum 50 jemaah

Gambar hiasan sebuah masjid di Malaysia. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:41PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:44PM

KOTA BHARU, Kelantan: Pelaksanaan solat Jumaat di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim di Kelantan dibenarkan mulai Jumaat ini (29 Jan) dengan maksimum 50 jemaah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 4 Februari depan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan Mohamad Rizam Abdul Aziz berkata bagi solat fardu di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim, dibenarkan tidak melebihi jumlah 12 orang jemaah termasuk imam tua, imam muda, bilal, siak dan ahli jawatankuasa sahaja.

Katanya bagi solat fardu di surau dan musollah dibenarkan hanya lima orang jemaah sahaja termasuk imam, bilal dan jemaah yang terpilih.

“Pelaksanaan ini turut mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu dikekalkan sebagaimana yang sudah dikeluarkan sebelum ini dan perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musollah.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini dan bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan