Skip to main content

Iklan

Iklan

Pfizer mungkin hasilkan vaksin untuk budak bawah 12 tahun; M'sia tunggu data klinikal

Kerajaan Malaysia sedang menunggu data klinikal lengkap berhubung vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah terutamanya keluaran Pfizer, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menurut AstroAWANI. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pfizer mungkin hasilkan vaksin untuk budak bawah 12 tahun; M'sia tunggu data klinikal

Warga Malaysia di pusat ujian COVID-19 di Shah Alam. (Gambar: Mohd RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 08:45AM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 08:46AM

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sedang menunggu data klinikal lengkap berhubung vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah terutamanya keluaran Pfizer, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menurut AstroAWANI.

Encik Khairy berkata beliau mengadakan perbincangan dengan syarikat tersebut baru-baru ini dan mendapat maklumat awal mengenai perkembangan kajian vaksin untuk golongan kanak-kanak itu.

"Mengenai vaksinasi bagi kanak-kanak berusia 12 tahun (ke bawah), apabila ada data yang mencukupi dan dipastikan ia selamat baru kita akan membawanya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Dalam perbincangan saya dengan Pfizer, mereka kemungkinan akan keluarkan vaksin spesifik untuk kanak-kanak iaitu sukatan dos berbeza berbanding dos dewasa," ujar beliau seperti ditukil AstroAWANI.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya pada Rabu (1 Sep).

Dalam perkembangan berkaitan, Encik Khairy turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan harga siling bagi kit ujian kendiri Rapid Test Kit (RTK) dalam masa terdekat.

Menurut AstroAWANI, Encik Khairy menjelaskan beliau sudahpun berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berhubung perkara itu.

"Ada berita baik, saya akan minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) umum dalam masa terdekat.

"Kita akan tetapkan harga siling kit ujian kendiri RTK dan Datuk Seri Alexander akan maklumkan dalam masa terdekat," ungkapnya.

Sebelum ini, mantan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan kawalan harga ke atas kit ujian RT PCR dan RTK Antigen yang dijual melalui sektor swasta.

Ia melibatkan harga ujian yang dicadangkan RM150 (S$49) bagi RT-PCR dan RM60 (S$19) untuk RTK Antigen bagi mereka yang memilih untuk melakukan saringan di kemudahan kerajaan. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan