Skip to main content

Iklan

Iklan

Pfizer, Merck umum kajian baru bagi pil cegah COVID-19

Syarikat farmaseutikal Pfizer Inc dan Merck & Co Inc mengumumkan kajian baru bagi pil antiviral COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pfizer, Merck umum kajian baru bagi pil cegah COVID-19

Logo Pfizer di Manhattan, Bandar New York, New York. (Gambar: Carlo Allegri/REUTERS)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 11:32AM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 11:35AM

WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal Pfizer Inc dan Merck & Co Inc mengumumkan kajian baru bagi pil antiviral COVID-19.

Fasa ujian peringkat pertengahan hingga ke peringkat akhir ini akan melibatkan 1,140 pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.

Pesakit dalam fasa ujian ini tidak ada risiko penyakit kritikal.

Mereka akan diberikan pil Pfizer dan dos rendah ritonavir, gabungan ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan HIV.

Pil Pfizer dibangunkan untuk menyekat aktiviti enzim utama, yang diperlukan virus untuk membiak.

Menurut Merck, kajian baru ini akan melihat ubat molnupiravir digunakan untuk pencegahan COVID-19 dalam kalangan dewasa yang tinggal serumah dengan pesakit yang mempunyai simptom jangkitan.

Julai lalu, Pfizer memulakan ujian pil dalam kalangan pesakit dewasa COVID-19 yang berisiko berubah menjadi kritikal menyusuli masalah kesihatan lain seperti kencing manis.

Ia menjangkakan keputusan awal kajian ini akan diperolehi pada pertengahan September.

Jika kajian ini berjaya, Pfizer akan memfailkan permohonan untuk meluluskan kegunaan darurat pada suku keempat tahun ini.

Sumber : Agensi berita/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan