Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesanan WHO kepada belia tentang COVID-19: 'Anda tidak kebal!'

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (20 Mac) memberi amaran kepada anak-anak muda bahawa mereka "tidak terlepas" daripada pandemik virus korona COVID-19 sambil menambah bahawa kekangan diri mereka mampu membantu menyelamatkan jiwa warga tua. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pesanan WHO kepada belia tentang COVID-19: 'Anda tidak kebal!'

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar: Denis Balibouse/REUTERS)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 02:55PM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 02:56PM

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (20 Mac) memberi amaran kepada anak-anak muda bahawa mereka "tidak terlepas" daripada pandemik virus korona COVID-19 sambil menambah bahawa kekangan diri mereka mampu membantu menyelamatkan jiwa warga tua.

"Hari ini, saya ada mesej untuk anak-anak muda: anda bukannya tidak boleh ditewaskan. Virus ini boleh menyebabkan anda terlantar di hospital selama berminggu-minggu atau membunuh anda. Sekalipun anda tidak sakit, pilihan anda untuk pergi ke mana-mana sahaja anda mahu membawa perbezaan kepada kehidupan dan kematian orang lain," kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa satu sidang media yang didakan secara online di Geneva.

Dengan lebih daripada 210,000 kes dilaporkan di seluruh dunia dan angka korban sebanyak 9,000, setiap hari membawa "peristiwa baru yang penting lagi tragis," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

"Walaupun orang lanjut tua paling teruk terjejas, orang muda juga tidak terlepas. Data daripada banyak negara jelas menunjukkan bahawa individu bawah usia 50 tahun membentuk sebahagian besar pesakit yang perlu dirawat di hospital," ujar Encik Tedros.

Namun buat kali pertama, bandar Wuhan yang menjadi tempat pertama virus COVID-19 dikesan dan kemudian menular di China, melaporkan tiada kes baru pada hari Khamis dan Jumaat, lantas "memberikan sinar harapan kepada seluruh dunia bahawa keadaan yang paling teruk boleh diputarkan menjadi sebaliknya," kata beliau lanjut.

WHO kini mengalihkan perhatian kepada usaha mengesyorkan "jarak fizikal" dan bukannya menjarakkan hubungan sosial untuk membantu mencegah jangkitan virus, menurut para pegawai.

"Kami sedang merubah pendekatan untuk mengatakan 'jarak fizikal' dan ia bersesuaian kerana kita mahu orang ramai terus kekal berhubung," kata Dr Maria Kerkhove, ahli epidemiologi WHO.

"Jadi cari jalan untuk melakukannya, cari jalan melalui internet dan menerusi media sosial yang berbeza untuk terus berhubung kerana kesihatan mental anda sepanjang (pandemik) ini sama pentingnya dengan kesihatan jasmani anda," katanya.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan