Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit sudah pulih jangkitan COVID-19 mungkin berisiko alami masalah darah beku

Pesakit sudah pulih jangkitan COVID-19  mungkin berisiko alami masalah darah beku.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2021 06:51PM Dikemas Kini : 13 Apr 2021 10:27PM

SINGAPURA: Para Pesakit COVID-19 yang sudah pulih mungkin berisiko mengalami masalah pembekuan darah.

Ia boleh menyebabkan saluran darah tersumbat sehingga membawa risiko serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan organ.

Satu kajian di Singapura mendapati keadaan itu mungkin berlaku akibat saluran darah yang rosak hasil tindak balas imun yang berlarutan.

Para saintis mengkaji contoh darah daripada 30 pesakit COVID-19 yang sudah pulih, sebulan selepas mereka keluar dari hospital.

Mereka didapati mempunyai jumlah sel endotelial yang seganda lebih banyak akibat dinding-dinding saluran darah yang rosak.

Ini bermakna masih ada saluran darah yang rosak meskipun pesakit sudah sembuh.

Kajian itu juga mendapati para pesakit yang pulih terus menghasilkan protein keradangan yang tinggi.

Ini mengaktifkan tindak balas imun - walaupun tiada lagi virus COVID-19.

Ia juga menemui jumlah sel imun yang luar biasa tinggi, atau sel T yang menyerang dan memusnahkan virus.

Penyelidik membuat hipotesis tindak balas imun ini mungkin menyerang saluran darah pesakit COVID-19 yang sudah pulih.

Ini menyebabkan lebih banyak kerosakan dan meningkatkan risiko pembentukan darah beku pada jangka panjang.

Pasukan yang diketuai oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) merancang untuk memperluas saiz sampel dalam penyelidikan susulan.

Ini adalah sebahagian daripada kajian di peringkat nasional yang diketuai oleh Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk menyiasat kesan jangka panjang COVID-19 ke atas pesakit yang sudah pulih sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih.

Matlamatnya adalah menyediakan rawatan lanjut yang lebih baik kepada pesakit COVID-19 yang terdedah kepada masalah kesihatan jangka panjang, seperti kecing manis dan darah tinggi.  

Sumber : CNA/RR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan