Skip to main content

Iklan

Iklan

Perubahan pada lidah, tapak tangan atau kaki mungkin gejala COVID-19: Kajian

Perubahan di bahagian lidah, tangan atau tapak kaki mungkin menunjukkan gejala awal jangkitan COVID-19, menurut para pengkaji dari Sepanyol pada Selasa (26 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Perubahan pada lidah, tapak tangan atau kaki mungkin gejala COVID-19: Kajian

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2021 06:32PM Dikemas Kini : 27 Jan 2021 06:35PM

MADRID: Perubahan di bahagian lidah, tangan atau tapak kaki mungkin menunjukkan gejala awal jangkitan COVID-19, menurut para pengkaji dari Sepanyol pada Selasa (26 Jan).

Kesimpulan itu terbit daripada kajian yang dijalankan terhadap 666 pesakit yang dijangkiti COVID-19 di hospital sementara IFEMA di Madrid, yang ditubuhkan semasa gelombang pertama pandemik itu, menurut pemerintah daerah.

Satu daripada setiap empat pesakit berkata bahawa mereka melihat perubahan pada bahagian lidah, manakala empat daripada setiap 10 pesakit melihat tanda-tanda aneh pada tapak tangan atau kaki mereka.

Kajian itu dijalankan pada April oleh para karyawan jagaan kesihatan dari hospital La Paz dan khidmat jagaan awal di Madrid, dengan hasil kajian diterbitkan dalam Jurnal Dermatologi Britain dalam bentuk "surat kajian" pada September.

Sesetengah pesakit melaporkan lidah mereka menjadi bengkak dan muncul tompok-tompok, yang kini dipanggil 'lidah COVID-19'. Ini sering kali dikaitkan dengan kehilangan deria rasa.

Satu lagi simptom ialah rasa pedih dan kemerah-merahan pada tapak tangan atau kaki. Dalam sesetengah kes, tompok-tompok kemudian akan muncul.

"Hampir separuh pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital sementara selama tempoh dua minggu itu menunjukkan keadaan 'mucocutaneous'," menurut surat itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan