Skip to main content

Iklan

Iklan

Perniagaan penting akan tetap dibuka meski banyak tempat kerja ditutup mulai Selasa depan

Perniagaan di khidmat penting, seperti jagaan kesihatan, pengangkutan, logistik serta makanan dan minuman (F&B), akan terus beroperasi apabila langkah jarak selamat yang dipertingkat menetapkan kebanyakkan tempat kerja harus ditutup mulai Selasa (7 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Perniagaan penting akan tetap dibuka meski banyak tempat kerja ditutup mulai Selasa depan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 10:08PM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 10:14PM

SINGAPURA: Perniagaan di khidmat penting, seperti jagaan kesihatan, pengangkutan, logistik serta makanan dan minuman (F&B), akan terus beroperasi apabila langkah jarak selamat yang dipertingkat menetapkan kebanyakkan tempat kerja harus ditutup mulai Selasa (7 Apr).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan langkah yang dipertingkat itu hari ini (3 Apr)dalam ucapan ketiganya kepada negara berhubung isu COVID-19. Beliau menyifatkannya sebagai "dasar memutuskan rantaian jangkitan" bagi membendung penularan virus itu di sini.

Sementara kebanyakan tempat kerja perlu ditutup, khidmat penting seperti kedai makanan, pasar dan pasar raya, klinik, hospital, api air, pengangkutan dan khidmat bank utama, akan tetap dibuka.

Sektor ekonomi yang penting atau sebahagian daripada rantaian bekalan global juga akan tidak terjejas oleh langkah baru itu, tambah Encik Lee.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menjelaskan lanjut di satu sidang media. Menurut beliau, langkah baru itu bertujuan mengurangkan jangkitan di tempat kerja dan perlunya orang ramai melakukan perjalanan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan