Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan bagi Dana Siap Ke Sekolah AMP melonjak hampir 150%

AMP menerima sebanyak 953 permohonan tahun ini, berbanding 382 permohonan pada tahun 2019.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah permohonan bagi sokongan Dana Siap Ke Sekolah (RFS) AMP melonjak hampir 150 peratus tahun ini semasa tempoh COVID-19. AMP kini merancang untuk menambah jumlah agihannya bagi tahun hadapan.

AMP menerima sebanyak 953 permohonan tahun ini, berbanding 382 permohonan pada tahun 2019.

Bercakap kepada BERITAmediacorp baru-baru ini, Pengurus Divisyen Khidmat Sosial Belia, Latihan dan Pendidikan, Fauziah Rahman berkata kenaikan itu berlaku mungkin disebabkan COVID-19, di mana ekonomi keluarga-keluarga terjejas.

"Permohonan bagi dermasiswa dana siap ke sekolah kami yang dibuka pada Mac lalu meningkat dengan banyaknya sekitar 149 peratus, di mana mungkin ia berlaku di tengah-tengah pandemik di mana banyak ekonomi keluarga terjejas. Di samping itu permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian. Dan kami dapati banyak sekolah yang menggalakkan pelajar-pelajar yang memerlukan untuk bermohon," kata Cik Fauziah.

(Gambar fail: AMP)

Daripada permohonan itu, sekitar 150 pelajar layak mendapatkan bantuan RFS.

Sebanyak S$119,000 sudahpun diagihkan kepada para pelajar tersebut dalam bulan Jun lalu - pertambahan lebih 5 hingga 6 peratus berbanding jumlah yang diagihkan pada tahun lalu.

Dengan keadaan dijangka terus tidak menentu sehingga tahun depan, AMP merancang untuk menambah jumlah agihan kepada 10 peratus.

"Tahun hadapan, keadaan belum begitu pulih dan kemungkinan permohonan masih tinggi. Di sini kami mengharap sokongan dana yang kuat untuk Dana Siap Ke Sekolah jadi kami boleh terus mengagihkan dermasiswa Dana Siap Ke Sekolah di mana kami boleh melebihkan agihan pada tahun hadapan, sekitar mungkin 10 peratus," ujar Cik Fauziah.

Gambar fail pelajar dan mahasiswa yang pernah menerima dana RFS AMP. (Gambar-gambar: AMP)

(Gambar fail: AMP)

Dana RFS memastikan para pelajar dari keluarga kurang bernasib baik tidak ketinggalan mendapatkan pendidikan.

Dana itu diagihkan kepada para pelajar menerusi Dermasiswa Pendidikan AMP dan juga Anugerah Pembelajaran STEM AMP-2nd Chance.

Para pelajar yang layak baru-baru ini diberikan sebanyak S$500 bagi peringkat diploma, S$1,000 bagi peringkat ijazah dan S$2,000 kepada yang menerima Anugerah STEM itu.

(Gambar fail: AMP)

Meskipun AMP merancang untuk menambah jumlah keseluruhan dana yang bakal diagihkan, Cik Fauziah bagaimanapun menekankan jumlah bagi setiap pelajar kekal sama.

"Kami melihat untuk membantu lebih ramai pelajar, kuantumnya kami akan tetapkan yang sama. Ini membolehkan ramai lagi pelajar dapat kami agihkan dermasiswa," kongsi beliau kepada BERITAmediacorp.

Gambar fail pelajar dan mahasiswa yang pernah menerima dana RFS AMP. (Gambar-gambar: AMP)

(Gambar fail: AMP)

Selain itu, permohonan bagi bantuan khidmat sosial yang lain, iaitu dari segi kewangan, rumahtangga dan keganasan keluarga juga naik 13 peratus.

Lantaran itu, AMP juga berharap agar masyarakat dapat terus menyokong usaha-usaha badan bantu diri itu menerusi derma mereka.

Gambar fail pelajar dan mahasiswa yang pernah menerima dana RFS AMP. (Gambar-gambar: AMP)

(Gambar fail: AMP)

Menurut Cik Fauziah, dengan adanya sokongan berterusan daripada masyarakat, AMP dapat menghulurkan lebih banyak bantuan kepada lebih ramai orang yang memerlukan, lebih-lebih lagi di tengah-tengah pandemik ini.

Buat masa ini, kata beliau, derma hanya boleh dilakukan menerusi online di laman AMP

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan