Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjalanan rentas negeri untuk bernikah dibenarkan sepanjang kawalan pergerakan bersyarat M'sia

Berita baik buat pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan kerana kerajaan Malaysia membenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Anggaran Waktu Membaca:
Perjalanan rentas negeri untuk bernikah dibenarkan sepanjang kawalan pergerakan bersyarat M'sia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 03:37PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 03:38PM

PUTRAJAYA: Berita baik buat pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan kerana kerajaan Malaysia membenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun majlis tersebut perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"Ramai yang memohon kebenaran rentas negeri antaranya untuk bernikah dengan pasangan di negeri yang lain.

“Jadi mesyuarat hari ini membuat keputusan untuk membenarkan mereka rentas negeri untuk akad nikah, namun perlu mengikut SOP jarakan sosial dan tidak ada perhimpunan ramai," katanya pada sidang media harian perkembangan PKPB hari ini (2 Jun).

Selain itu, Encik Ismail Sabri berkata mesyuarat juga memutuskan untuk membenarkan jurugambar perkahwinan melakukan penggambaran praperkahwinan di tempat terbuka mengikut SOP ditetapkan.

Turut dibenarkan adalah aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan