Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perintah Kawalan Pergerakan: Solat jenazah bukan COVID-19 hanya di rumah, premis persendirian

Solat jenazah bagi kematian yang bukan disebabkan oleh COVID-19 hanya boleh dilakukan di rumah atau premis persendirian dengan kehadiran jemaah terdiri daripada pegawai masjid serta ahli keluarga terdekat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anggaran Waktu Membaca:
Perintah Kawalan Pergerakan: Solat jenazah bukan COVID-19 hanya di rumah, premis persendirian

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 11:56PM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 12:10AM

IPOH: Solat jenazah bagi kematian yang bukan disebabkan oleh COVID-19 hanya boleh dilakukan di rumah atau premis persendirian dengan kehadiran jemaah terdiri daripada pegawai masjid serta ahli keluarga terdekat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Mohd Yusof Yahya berkata urusan pengebumian juga hendaklah melibatkan sebilangan kecil anggota keluarga terdekat sahaja dan tiada tahlil serta kenduri arwah diadakan sepanjang PKP yang kini dilanjutkan sehingga 14 April.

Beliau berkata apabila berlaku kematian di hospital, jenazah hendaklah diuruskan (mandi dan kafan) di premis terbabit, sebaliknya jika ia berlaku di rumah, keluarga perlu mendapatkan nasihat pegawai kesihatan sama ada jenazah diuruskan di hospital atau di rumah.

"Anggota keluarga yang menguruskan jenazah hendaklah menggunakan penutup mulut dan hidung, apron dan sarung tangan selain menggelakkan air mandian terpercik atau terkena pengendali.

"JAIPk memandang serius ancaman COVID-19 dan usaha ini untuk mencegah penularan serta jangkitan dalam skala lebih besar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (30 Mac).

Beliau berkata kaum keluarga perlu mengelak daripada menyentuh jenazah sama ada memeluk atau mencium.

Menjelas lanjut, Encik Mohd Yusof berkata jenazah hendaklah diuruskan secepat mungkin tanpa menunggu kepulangan saudara mara yang jauh dan semasa pengebumian, doa yang dibaca hendaklah ringkas.

"Semua pegawai masjid dan ahli kariah diarah mematuhi arahan ini sehingga arahan rasmi terkini dari semasa ke semasa dikeluarkan," katanya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan