Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perintah berkurung Thai berkuat kuasa seluruh negara mulai esok

Perdana Menteri Thailand sudah mengumumkan perintah berkurung seluruh negara mulai esok hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perintah berkurung Thai berkuat kuasa seluruh negara mulai esok

Orang ramai dengan pelitup muka berjalan di hadapan pengimbas termal ketika mereka memasuki pusat beli-belah di Bangkok pada 29 Mac 2020. (Gambar: Mladen Antonov/AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2020 10:06PM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 10:07PM

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand sudah mengumumkan perintah berkurung seluruh negara mulai esok hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Perintah berkurung itu berkuatkuasa dari 10.00 malam hingga 4.00 pagi dengan beberapa pengecualian seperti untuk menghantar bekalan perubatan.

Thailand melaporkan 104 kes jangkitan baru dan lagi tiga kematian kerana COVID-19 di negara itu.

Jumlah kes jangkitannya kini hampir 1,900 dengan 15 kematian.

Kabinet Thailand juga akan mempertimbangkan pakej baru ekonomi esok, bernilai lebih AS$15 bilion (S$22 bilion). 

Sumber : Agensi berita/IZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan