Skip to main content

Iklan

Iklan

Perintah berkurung dilanjutkan di 6 daerah Makkah

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Isnin (30 Mac) melanjutkan tempoh perintah berkurung di daerah-daerah seperti Ajyad, Al-Masafi, Al-Misfalah, Al-Hujun, Al-Nakasa dan Housh Bakr di Makkah.

Anggaran Waktu Membaca:
Perintah berkurung dilanjutkan di 6 daerah Makkah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Mar 2020 11:12AM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 11:26AM

MAKKAH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Isnin (30 Mac) melanjutkan tempoh perintah berkurung di daerah-daerah seperti Ajyad, Al-Masafi, Al-Misfalah, Al-Hujun, Al-Nakasa dan Housh Bakr di Makkah.

Langkah-langkah itu bertujuan untuk mencegah orang ramai daripada memasuki atau meninggalkan daerah-daerah tersebut di tengah-tengah wabak virus korona COVID-19, lapor Saudi Gazette.

Ia adalah sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan para penduduk, berteraskan saranan-saranan kesihatan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa yang prihatin terhadap keadaan semasa, menurut laporan Saudi Press Agency (SPA) yang menukil sumber rasmi daripada kementerian tersebut.

Langkah-langkah itu dikuatkuasakan pada pukul 3.00 petang pada Isnin (30 Mac) bagi suatu tempoh masa yang belum dimuktamadkan.

Dalam kenyataannya, sumber itu mengatakan bahawa para penduduk di daerah-daerah berkenaan dibenarkan keluar rumah bagi memenuhi keperluan segera seperti mendapatkan khidmat jagaan kesihatan dan membeli keperluan dapur.

Namun mereka hanya boleh melakukan demikian dari pukul 6.00 pagi hingga 3.00 petang, lapor Saudi Gazette.

Para penduduk juga digesa supaya menjalani kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing dan menghubungi Pusat Kesihatan sekiranya mereka mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19.

Sumber itu menambah bahawa sekatan pergerakan di daerah-daerah tersebut tidak dikenakan ke atas entiti-entiti yang dikecualikan daripada perintah berkurung itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan