Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pergerakan buruh timbang tubuh dana bantuan bagi pekerja terjejas COVID-19

Pergerakan buruh tempatan sedang menimbangkan penubuhan dana bantuan bagi pekerja yang terjejas dengan penularan virus COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Feb 2020 07:31PM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 11:53PM

SINGAPURA: Pergerakan buruh tempatan sedang menimbangkan penubuhan dana bantuan bagi pekerja yang terjejas dengan penularan virus COVID-19.

Butiran lanjut dijangka diumumkan dalam satu hingga dua bulan akan datang.

Ini didedahkan oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Ng Chee Meng, semasa lawatannya ke salah satu tempat pembungkusan pek penjagaan bagi pekerja barisan hadapan dari pelbagai industri.

Cecair pembasmi kuman, sabun mandi dan berus gigi merupakan antara ‘hadiah’ cukup istimewa buat pekerja kesihatan yang dibungkuskan oleh 40 relawan kesatuan buruh.

Mulai Selasa depan, pergerakan buruh akan mula mengagihkan lebih 10,000 pek penjagaan kepada para pekerja barisan hadapan merentasi pelbagai industri yang terjejas dengan penularan COVID-19.

"Daripada golongan belia kumpulan Young NTUC, dan juga para pemimpin jawatankuasa pusat, mereka bersama-sama dengan pemimpin kesatuan untuk menunjukkan penghargaan kepada pekerja jagaan kesihatan, pemandu teksi dan kereta sewa, pekerja pembersih dan juga pegawai keselamatan yang bertugas di barisan hadapan," menurut Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan