Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pereka kasut Itali Sergio Rossi maut akibat COVID-19

Pereka kasut terkenal Itali Sergio Rossi meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas dimasukkan ke hospital dengan jangkitan COVID-19, kata datuk bandar tempat kediaman pereka kasut itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka kasut Itali Sergio Rossi maut akibat COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 12:11PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 12:16PM

MILAN: Pereka kasut terkenal Itali Sergio Rossi meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas dimasukkan ke hospital dengan jangkitan COVID-19, kata datuk bandar tempat kediaman pereka kasut itu.

Mendiang dilaporkan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu di Cesena, sebuah bandar di Emilia-Romagna yang merupakan antara wilayah yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Riccardo Sciutto ketika mengumumkan berita mengenai pemergiannya pada Jumaat (3 Apr) berkata: “Mendiang seorang pakar. Saya amat bangga dapat bertemu dengannya. Kami peroleh banyak ilham daripadanya dahulu dan lebih-lebih lagi sekarang.”

Kasut rekaan Rossi banyak digunakan dalam koleksi pereka fesyen terkemuka, antaranya Azzedine Alaïa, Versace, dan Dolce & Gabbana.

Antara selebriti yang mengenakan kasut rekaan Rossi pula termasuk Lupita Nyong’o, Rihanna, Paris Hilton, Laura Dern dan Ariana Grande.

Rossi belajar menghasilkan rekaan kasut daripada bapanya sebelum mula menjual rekaannya di Bologna pada 1966 dan kemudian melancarkan jenamanya sendiri dua tahun kemudian.

Sumber : Agensi berita/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan