Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perancis lapor 17,881 kes baru COVID-19 dalam 24 jam

Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Perancis meningkat sebanyak 17,881 pada Sabtu (21 Nov), rendah sedikit berbanding 22,882 yang dicatatkan pada Jumaat (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis lapor 17,881 kes baru COVID-19 dalam 24 jam

Seorang kakitangan hospital di Perancis berehat seketika di luar unit jagaan rapi. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Nov 2020 10:16AM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 10:18AM

PARIS: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Perancis meningkat sebanyak 17,881 pada Sabtu (21 Nov), rendah sedikit berbanding 22,882 yang dicatatkan pada Jumaat (20 Nov).

Kementerian Kesihatan negara itu juga melaporkan 276 kematian baru akibat virus tersebut di hospital-hospital dalam tempoh 24 jam berbanding 386 pada Jumaat.

Angka korban di Perancis kini mencecah seramai 48,518, dengan 33,231 daripadanya berlaku di hospital.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagi COVID-19 merosot buat lima hari berturut-turut dan kini mencatat 31,365 orang.

Jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) juga merosot buat lima hari berturut-turut kepada 4,493 pesakit.

Pada Selasa (24 Nov), Presiden Perancis Emmanuel Macron akan menyampaikan ucapan kepada seluruh negara tentang keadaan virus korona dan beliau juga mungkin akan mengumumkan pelonggaran separa perintah berkurung di yang dikuatkuasakan di negara itu sejak 30 Oktober.

Industri runcit berharap untuk membuka semula kedai-kedai yang menjual barangan bukan keperluan asas seperti pakaian, kasut dan mainan.

Perdana Menteri Jean Castex berkata pada Sabtu (22 Nov) bahawa beliau berharap perkara itu akan berlaku dalam masa "beberapa hari akan datang".

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan