Skip to main content

Iklan

Iklan

Perancis gantung tugas 3,000 pekerja kesihatan belum divaksin

Beribu-ribu pekerja kesihatan di seluruh Perancis digantung kerja tanpa gaji kerana gagal mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada minggu ini, kata Menteri Kesihatan Olivier Veran pada Khamis (16 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis gantung tugas 3,000 pekerja kesihatan belum divaksin

Kakitangan perubatan di ICU Perancis. (Gambar: REUTERS/Benoit Tessier)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 07:29PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 07:30PM

PARIS: Beribu-ribu pekerja kesihatan di seluruh Perancis digantung kerja tanpa gaji kerana gagal mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada minggu ini, kata Menteri Kesihatan Olivier Veran pada Khamis (16 Sep).

"Sekitar 3,000 penggantungan dimaklumkan semalam kepada pekerja yang belum lagi divaksin di pusat kesihatan dan klinik," Encik Veran memberitahu radio RTL.

Beliau menambah "berpuluh-puluh" kakitangan sudah menyuarakan hasrat sanggup berhenti kerja daripada menerima suntikan vaksin itu.

Ini berbanding 2.7 juta pekerja kesihatan secara keseluruhannya, kata Encik Veran, sambil menambah "jagaan kesihatan akan terus terjamin".

Julai lalu, Presiden Emmanuel Macron memberi amaran terakhir kepada kakitangan hospital, pekerja rumah persaraan dan anggota bomba supaya mendapatkan sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin sebelum 15 September atau digantung kerja tanpa gaji.

Ramai jururawat berat hati untuk divaksin atas sebab keselamatan atau kebimbangan mengenai keberkesanannya lantas menimbulkan risiko terhadap usaha vaksinasi Perancis yang mungkin terbantut.

Agensi kesihatan awam Perancis minggu lalu menganggarkan sekitar 12 peratus pekerja hospital dan kira-kira enam peratus doktor di pusat rawatan swasta masih belum divaksin.

Secara keseluruhannya, 70 peratus warga Perancis sudah menerima dua dos untuk melengkapkan sepenuhnya rejim vaksinasi - yang diberikan kepada mereka yang berusia 12 tahun ke atas - sekali gus menjadikannya antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, 74 peratus yang menerima hanya satu dos. Ini menggambarkan bahawa ramai lagi yang masih enggan divaksin walaupun terdapat bekalan yang mencukupi. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan