Skip to main content

Iklan

Iklan

Perancis catat kes harian COVID-19 tertinggi sejak Mei

Lebih 2,500 kes jangkitan baru COVID-19 dilaporkan di Perancis dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikannya sebagai peningkatan kes paling mendadak dan terburuk sejak Mei lalu. Demikian menurut data pemerintah pada Rabu (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis catat kes harian COVID-19 tertinggi sejak Mei

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 05:01PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 05:05PM

PARIS: Lebih 2,500 kes jangkitan baru COVID-19 dilaporkan di Perancis dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikannya sebagai peningkatan kes paling mendadak dan terburuk sejak Mei lalu. Demikian menurut data pemerintah pada Rabu (12 Ogos).

Selain itu, daripada 600,000 ujian yang dilakukan sepanjang minggu lalu, lebih daripada 11,600 kes diuji positif COVID-19, menurut bahagian kesihatan awam, Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah dilaporkan itu, sebanyak 2.2 peratus kadar positif mingguan dicatatkan, peningkatan dari 1.6 peratus pada minggu sebelumnya, sekali gus menunjukkan pandemik itu semakin meningkat di Perancis.

Kebiasaannya, pada bulan Ogos ramai yang mengambil peluang bercuti pada musim panas, justeru semua orang diharap dapat memastikan pandemik itu tidak merebak, menurut Kementerian Kesihatan Perancis.

Para pegawai kesihatan kini sudah mengenal pasti 18 kelompok baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 896 kelompok di seluruh negara.

Namun, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi menurun sedikit kepada 379 iaitu tahap yang agak stabil sejak akhir bulan Julai.

Sementara itu, hampir 30,400 orang meninggal dunia akibat COVID-19 di Perancis sejak wabak itu dikesan, iaitu angka korban ketiga paling banyak di Eropah selepas Britain dan Itali.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan