Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penutupan semua masjid S'pura dilanjutkan 9 hari sehingga 26 Mac ini

Penutupan kesemua 70 masjid di Singapura yang sepatutnya berakhir esok (17 Mac), kini dilanjutkan lagi sembilan hari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penutupan kesemua 70 masjid di Singapura yang sepatutnya berakhir esok (17 Mac), kini dilanjutkan lagi sembilan hari.

Ini bermakna, masjid-masjid tempatan akan ditutup selama 14 hari keseluruhannya dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Langkah itu diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, dalam satu sidang media sebentar tadi (16 Mac).

Ia diambil setelah lima jemaah tabligh Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Malaysia baru-baru ini, didapati positif COVID-19 dan mereka pernah berkunjung ke 10 buah masjid di serata negara ini.

Ini menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), "kemungkinan lebih banyak kes akan muncul" menerusi penularan 'kategori kedua' iaitu orang-orang yang berhubung rapat dengan kelima-lima jemaah tersebut, ataupun menerusi anggota masyarakat yang pernah berkunjung ke 10 masjid berkenaan semasa tempoh berjangkit.

(Gambar: BERITAmediacorp)

MUIS menyatakan dalam satu kenyataan hari ini (16 Mac), mustahil untuk mengenal pasti semua orang dalam 'kategori kedua' itu. Dalam perkataan lain langkah pengesanan tidak akan mencukupi untuk mencegah penularan virus itu.

Lantaran itulah setelah merujuk kepada Kementerian Kesihatan (MOH), MUIS percaya bahawa "risiko terbentuknya satu kelompok besar" daripada 82 hingga 95 jemaah tabligh Singapura yang menyertai perhimpunan di Malaysia itu adalah sesuatu yang nyata.

Disebabkan itu juga MUIS menerima saranan MOH agar penutupan kesemua masjid Singapura dilanjutkan lagi sembilan hari sehingga 26 Mac ini, sekali gus bermakna solat Jumaat minggu ini juga terpaksa ditiadakan. 
 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/DIWAI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan