Skip to main content

Iklan

Iklan

Penularan COVID-19 di Indonesia belum ada tanda reda lebih 1,900 kes baru dicatat

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan 1,904 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 106,336 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan COVID-19 di Indonesia belum ada tanda reda lebih 1,900 kes baru dicatat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 07:31PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 07:33PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan 1,904 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 106,336 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 53,723 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh pukul 12.00 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini (30 Jul), sebanyak 83 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,058 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 21,772 kes, diikuti Jakarta (20,969) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,677 orang, diikuti Jakarta (817), Jawa Tengah (606), Sulawesi Selatan (316) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan