Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengusaha majlis kahwin M'sia saran beberapa sesi untuk tamu lebih 250

 Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) mencadangkan majlis perkahwinan atau kenduri dengan lebih 250 orang tetamu yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibahagikan kepada beberapa sesi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengusaha majlis kahwin M'sia saran beberapa sesi untuk tamu lebih 250

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 10:30AM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 10:35AM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) mencadangkan majlis perkahwinan atau kenduri dengan lebih 250 orang tetamu yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibahagikan kepada beberapa sesi.

Timbalan Presidennya Daeng Syamsalleh Hamzah berkata langkah itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis sosial yang ditetapkan kerajaan termasuk majlis perkahwinan dengan kehadiran tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa.

“Walaupun banyak mana kapasiti ruang dewan atau tempat untuk sesuatu majlis perkahwinan diadakan, namun yang ditetapkan kerajaan hanya 250 kerusi sahaja dalam satu-satu masa dan tertakluk kepada saiz tempat majlis.

“Jika jemputan tetamu melebihi 250 orang, majlis itu mestilah diadakan dalam sesi berlainan dengan mengambil kira faktor jarak masa dan hari yang berlainan seperti pagi dan malam atau Sabtu dan Ahad,” katanya kepada Bernama selepas sesi penerangan SOP bersama lebih 200 pengusaha majlis perkahwinan di sini, hari ini.

Sebelum ini timbul pertanyaan mengenai bagaimana menyelesaikan isu pakej majlis perkahwinan atau kenduri melibatkan jumlah besar tetamu seperti yang telah dipersetujui antara pengguna dan pengusaha majlis perkahwinan dalam terma pakej perkahwinan sebelum SOP majlis sosial dikeluarkan kerana ancaman COVID-19.

“Sedia maklum, majlis perkahwinan yang telah dirancang lebih awal sebelum COVID-19 dan jemputan biasanya melebihi 1,000 orang termasuk persetujuan mengenai tetapan jumlah bayaran mengenai pakej perkahwinan.

“Jadi apabila jumlah tetamu dikurangkan dalam tempoh PKPP, pengusaha berkenaan haruslah bijak dengan menambah pakej seperti fotografi dan majlis akad nikah sesuai dengan bayaran yang dikenakan bagi pakej perkahwinan yang telah dipersetujui asal itu,” katanya.

Pada 24 Jun lepas, kerajaan telah mengumumkan kebenaran penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah dan doa selamat mulai 1 Julai ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan