Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji S'pura guna AI tentukan ubat sesuai untuk rawat COVID-19

Para pengkaji di Singapura sudahpun menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menentukan ubat-ubatan yang sesuai untuk merawat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengkaji S'pura guna AI tentukan ubat sesuai untuk rawat COVID-19

(Gambar: Pexels)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 08:21PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 08:22PM

SINGAPURA: Para pengkaji di Singapura sudahpun menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menentukan ubat-ubatan yang sesuai untuk merawat COVID-19.

Ia merangkumi Remdesivir yang dikaji sebagai salah satu pilihan rawatan virus korona dan Lopinavir serta Rionavir - yang biasanya digunakan untuk merawat HIV.

Dengan bantuan AI, ubat-ubat berkenaan dipilih daripada 530,000 kombinasi dalam masa dua minggu.

Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura berharap untuk melakukan satu lagi kajian dalam masa empat minggu akan datang untuk menentukan perubatan serupa yang lebih tersedia di Singapura.

Selain COVID-19, sekolah itu turut menguji AI dalam rawatan barah dan penyakit-penyakit kognitif.

Bagi pesakit-pesakit barah, AI sedang digunakan untuk menyarankan dos perubatan yang sesuai untuk diberikan berdasarkan respons setiap pesakit kepada ubat-ubatan.

Sejauh ini, NUS sudah menjalankan ujian klinikal ke atas tiga pesakit sejak Ogos.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan