Skip to main content

Iklan

Iklan

Penghantaran 30 juta dos vaksin AstraZeneca ke Indonesia dijangka tertunda hingga 2022

 Menteri Kesihatan Indonesia berkata pada Khamis (8 Apr) bahawa negara itu akan menerima 20 juta dos vaksin COVID-19 AstraZeneca menerusi satu perjanjian dua hala pada 2021 dan bukan 50 juta dos yang pada awalnya dipersetujui.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantaran 30 juta dos vaksin AstraZeneca ke Indonesia dijangka tertunda hingga 2022

(Gambar: Reuters/Nyimas Laula)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 03:03PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 03:04PM

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia berkata pada Khamis (8 Apr) bahawa negara itu akan menerima 20 juta dos vaksin COVID-19 AstraZeneca menerusi satu perjanjian dua hala pada 2021 dan bukan 50 juta dos yang pada awalnya dipersetujui.

Baki 30 juta dos akan dihantar pada 2022, menurut Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin semasa satu sidang parlimen.

Indonesia juga dijadual akan menerima 54 juta dos vaksin AstraZeneca secara bertahap-tahap menerusi skim perkongsian vaksin global COVAX, meskipun Encik Budi menegaskan bahawa sekatan eksport India akan melambatkan penghantaran pada bulan April.

Encik Budi turut menggesa agar program vaksinasi negara itu disesuaikan bagi mengutamakan warga tua di tengah-tengah kekurangan bekalan vaksin yang disebabkan oleh sekatan eksport terhadap bekalan vaksin AstraZeneca.

Dengan sekitar 1.54 juta kes dan 41,900 kematian sejauh ini, Indonesia melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dan antara paling dahsyat di Asia.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan