Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengendali kapal pesiaran Jepun isytihar muflis; permintaan terjejas teruk dek COVID-19

 Pengendali kapal pesiaran Jepun, Luminous Cruise memfailkan perisytiharan muflis apabila ramai pelanggannya membatalkan tempahan menyusuli penularan wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali kapal pesiaran Jepun isytihar muflis; permintaan terjejas teruk dek COVID-19

Luminous Cruise failkan perisytiharan muflis.

Diterbitkan : 03 Mar 2020 10:23AM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 10:28AM

TOKYO: Pengendali kapal pesiaran Jepun, Luminous Cruise memfailkan perisytiharan muflis apabila ramai pelanggannya membatalkan tempahan menyusuli penularan wabak COVID-19.

Luminous Cruise dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman webnya memaklumkan, syarikat itu bergelut dengan kenaikan kos bahan api dan kesan daripada taufan sebelum ia diburukkan lagi dengan penularan COVID-19.

“Sejak 1 Februari lalu, ramai pelanggan kami membatalkan tempahan mereka kerana bimbang terhadap penularan COVID-19.

“Jika kami meneruskan operasi, syarikat akan berdepan dengan masalah serta kerugian yang lebih besar,” katanya.

Keputusan Luminous Cruise itu antara yang pertama berpunca daripada COVID-19, dengan pakar ekonomi memberi amaran lebih banyak syarikat akan terjejas apabila jumlah pelancong merosot dengan mendadak.

Baru-baru ini, sebuah hotel di Aichi turut mengambil langkah serupa selepas ramai pelancong terutama dari China membatalkan tempahan mereka akibat COVID-19.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan