Skip to main content

Iklan

Iklan

Penerbangan dibatalkan, sekolah ditutup sedang China berdepan penularan baru COVID-19

Pihak berkuasa di China membatalkan ratusan penerbangan, menutup sekolah-sekolah dan meningkatkan ujian besar-besaran hari ini (21 Okt). Semua langkah itu demi usaha untuk cuba membendung penularan baru COVID-19 yang berkait dengan sekumpulan pelancong. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan dibatalkan, sekolah ditutup sedang China berdepan penularan baru COVID-19

Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 05:27PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 05:28PM

BEIJING: Pihak berkuasa di China membatalkan ratusan penerbangan, menutup sekolah-sekolah dan meningkatkan ujian besar-besaran hari ini (21 Okt). Semua langkah itu demi usaha untuk cuba membendung penularan baru COVID-19 yang berkait dengan sekumpulan pelancong.

Beijing terus mengekalkan pendekatan sifar COVID-19 dengan melaksanakan penutupan ketat sempadan serta perintah berkurung yang bersasar. Ini sekalipun negara-negara lain cuba untuk melonggarkan sekatannya.

Penularan dalam negeri secara amnya sudah berjaya dilenyapkan tetapi apabila China melaporkan kes baru untuk lima hari berturut-turut - kebanyakannya di bahagian utara dan barat laut negara - pihak berkuasa meningkatkan kawalan koronavirus.

Penularan terbaru berhubung kait dengan sepasang warga tua yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan pelancong. Mereka memulakan perjalanan di Shanghai sebelum membuat penerbangan ke Xi'an, wilayah Gansu dan Inner Mongolia.

Sejak itu, berpuluh-puluh kes dikaitkan dengan perjalanan mereka, dengan kontak rapat dikesan di sekurang-kurangnya lima wilayah dan daerah, termasuk ibu kota Beijing.

Sebagai respons, pemerintah tempatan melancarkan ujian besar-besaran dan menutup daya tarikan serta tempat pelancongan, sekolah-sekolah dan tempat hiburan di kawasan terjejas. Ia juga melaksanakan perintah berkurung bersasar di kawasan perumahan.

Lapangan terbang di wilayah terjejas sudah membatalkan ratusan penerbangan, menurut data daripada syarikat pengesanan penerbangan Variflight.

Sekitar 60 peratus penerbangan ke dua lapangan terbang utama di Xi'an dan Lanzhou sudah dibatalkan.

Dalam satu makluman yang diterbitkan pada Isnin, Erenhot di Inner Mongolia menyatakan perjalanan ke dalam dan luar bandar dilarang. Penduduk juga tidak seharusnya meninggalkan kawasan perumahan mereka.

Sebanyak 13 kes baru tempatan dilaporkan hari ini, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan