Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Tetap S'pura berusia 88 tahun korban keenam COVID-19

Mangsa keenam tewas kepada jangkitan COVID-19 di Singapura pada pagi Sabtu (4 Apr), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Tetap S'pura berusia 88 tahun korban keenam COVID-19

Kakitangan kesihatan mempersiapkan prosedur pemeriksaan awal di bangunan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 31 Jan 2020. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 11:12AM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 11:15AM

SINGAPURA: Mangsa keenam tewas kepada jangkitan COVID-19 di Singapura pada pagi Sabtu (4 Apr), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan medianya.

Pesakit adalah seorang Penduduk Tetap berusia 88 tahun yang tidak berkunjung ke negara-negara atau wilayah-wilayah yang terjejas baru-baru ini, tambah MOH.

Beliau meninggal dunia akibat komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19 pada pukul 5.41 pagi tadi.

Mendiang disahkan dijangkiti COVID-19 pada 29 Mac dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Mac.

Lelaki itu dirawat di unit jagaan rapi sejak 30 Mac. Beliau mengalami komplikasi serius dan akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan tersebut.

Pesakit berkenaan mempunyai sejarah penyakit jantung dan buah pinggang, barah dan kencing manis.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan