Koronavirus

Images
  • pfizer biontech vaccine covid-19
    (Gambar: Reuters)

Pemimpin G7 ikrar derma lagi 1 bilion dos vaksin sejagat

ENGLAND: Para pemimpin negara-negara G-7 yang akan bertemu di England mulai Jumaat (11 Jun) dijangka berikrar untuk menderma lagi 1 bilion dos vaksin COVID-19 kepada dunia.

Demikian menurut rangka kenyataan bersama sidang puncak itu yang dilihat agensi Berita Bloomberg.

Jumlah vaksin sebanyak itu dapat digunakan untuk kira-kira 80 peratus penduduk dewasa di seluruh dunia. Matlamatnya untuk menamatkan pandemik.

Selain itu, Amerika Syarikat akan menderma 500 juta vaksin keluaran syarikat Pfizer kepada dunia dengan 200 juta daripadanya akan diberikan tahun ini manakala bakinya diagih pada tahun depan.

Hampir 100 negara berpendapatan rendah dan Kesatuan Afrika akan mendapat vaksin dari Amerika itu.

Agihannya dilakukan menerusi skim COVAX yang dikendalikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan agihan vaksin yang adil kepada semua negara.

Setakat ini data WHO menunjukkan lebih 2 bilion suntikan vaksin telah dilakukan di merata dunia.

- REUTERS/MU/fz

Top